Friday, November 30, 2007

Kelas ICT Sem 1 IKBN BM - Kumpulan Jumaat






Hari ini saya menemui seorang pelatih yang mempunyai handset SE K800i seperti saya. Kami bertukar pengalaman memiliki handset yang sama. Dengan handset ini juga saya mengambil gambar-gambar untuk dimuatkan ke dalam blog-blog saya.
Seperti biasa, pelatih-pelatih diminta mengambil gambar kenangan selepas diberi ujian bertulis. Semasa ujian bertulis pelatih-pelatih mendengar mp3 dari komputer yang dimuatturun dari U Tube. Dalam masa yang sama saya melihat pelatih download mp3 ke dalam handset melalui data cable yang mereka bawa. Sempat juga! Ada yang sempat membalas mesej dari MySpace. Manakala pelatih berketurunan India mendengar lagu Hindustan.
Walaupun kecoh, yang saya tahu semua ceria dan gembira. Terima kasih semua. Selamat Maju Jaya dan jangan nakal-nakal.

No comments: