Friday, May 16, 2008

Bakery Technology / Kursus Teknologi Bakeri 1 - Hari kedua


It was the second day i'm in the class. This also give me an insight of SME entreprenuer and learn to know them closely.

Pada hari kedua, kami mempelajari cara-cara membuat kek dan biskut pula. Peserta yang mengikuti kursus ini mungkin dapat mengembangkan perniagaan masing-masing dan jika terdapat resipi baru, peserta yang terdiri dari pengusaha kuih dan bakeri boleh membaiki cara dan teknik baru. Di dalam kelas ini, kami mencuba resipi membuat roti dengan menggunakan tepung pisang sebagai satu nutrisi membekalkan fiber. Bagi saya, ini semua pengalaman baru dan dunia baru untuk pengusaha kelas komputer dan pentadbiran seperti saya- Nurul.




Thursday, May 15, 2008

ICT 5 MONTH COURSE / ICT Sem 2 IKBN BM - SESI 1 2008

The ICT training to the youths and trainees at the IKBN (National Youth Skills Institute) is just started for the new session 1/2008. We have been selected as IKBN Contractor to teach the trainees in the area of Information & Communication Technology for the next 5 months. Each student can learn Electronic Document, Web Publishing, the Internet and Hardware Maintenance. We also teach their student in the area of Core Abilities. Our trainers Encik Zamri, Encik Azmeer and Encik Haris are among the best trainers that we have that will train the students of IKBN. Our trainers will be monitored by SSM Global Consult Sdn Bhd which is appointed by our company to ensure the trainers impart knowledge and skills to the youth in the most exciting ways.


Kelas ICT telah bermula di IKBN untuk sesi 1 2008. Tenaga Pengajar Encik Zamri, Encik Azmer dan Encik Haris mengajar pelatih kursus di IKBN seramai lebih kurang 250 orang. Pelajar dilatih kursus asas ICT seperti membaik pulih komputer dan membuat laman web. Pelatih juga dilatih dan diberi latihan untuk NCS Core-Abilities. Kursus dan Tenaga Pengajar E-Office ini dipantau oleh rakan kami dari SSM Global Consult, Cikgu Ida untuk memastikan keberkesanan Kursus. Kursus ICT diselia oleh Cik Wida dan dibantu oleh Cik Effa dan Cik Yati.

Selain itu, kami berhubung terus dengan Encik Fariz dan Encik Tarmizi serta Unit Bina Insan di IKBN BM untuk mengurus disiplin pelajar dan memastikan jadual kelas lancar.

Kelas ICT Sem 2 IKBN BM (Sesi 1 2008)




student di ikbn bm mengambil ujian


Wednesday, May 14, 2008

Kursus Teknologi Bakeri 1





Saya menghadiri kursus bakeri 2 hari anjuran bersama Kementerian Industri Asas Tani Malaysia - IADA P. Pinang dan Pusat Pengajian Teknologi Industri USM.




Tenaga Pengajar kami Prof Madya Dr Nooraziah Abdul Aziz dan Puan Wan Nadiah mengajar kami dengan cara begitu mesra sekali. Kami boleh bertanya apa sahaja semasa sesi bengkel dan kelas teori. Saya berkenalan dengan ramai peserta lain yang merupakan usahawan kek dan bakeri, pengusaha sos, pengusaha biskut dan kuih-kuih tradisional.




Saya pula mempunyai latarbelakang yang berlainan-saya mempunyai sebuah pusat komputer dan latihan. Saya cuba berkongsi cara membuat MOBILE BLOGGING di dalam kelas kepada pengusaha-pengusaha ini supaya dengan cara ini mereka boleh mempromosi produk dan menulis tentang produk mereka walau di mana sahaja mereka berada dan walau sesibuk manapun mereka.