Wednesday, May 14, 2008

Kursus Teknologi Bakeri 1





Saya menghadiri kursus bakeri 2 hari anjuran bersama Kementerian Industri Asas Tani Malaysia - IADA P. Pinang dan Pusat Pengajian Teknologi Industri USM.




Tenaga Pengajar kami Prof Madya Dr Nooraziah Abdul Aziz dan Puan Wan Nadiah mengajar kami dengan cara begitu mesra sekali. Kami boleh bertanya apa sahaja semasa sesi bengkel dan kelas teori. Saya berkenalan dengan ramai peserta lain yang merupakan usahawan kek dan bakeri, pengusaha sos, pengusaha biskut dan kuih-kuih tradisional.




Saya pula mempunyai latarbelakang yang berlainan-saya mempunyai sebuah pusat komputer dan latihan. Saya cuba berkongsi cara membuat MOBILE BLOGGING di dalam kelas kepada pengusaha-pengusaha ini supaya dengan cara ini mereka boleh mempromosi produk dan menulis tentang produk mereka walau di mana sahaja mereka berada dan walau sesibuk manapun mereka.

No comments: