Thursday, December 27, 2007

Kursus Training of Trainer - TMS Publisher for penangcares.net dan Membina Laman Web e-Komuniti Tempatan







Hari ini saya menyertai program latihan laman web dan membuat listing di http://www.penangcares.net/ . Kursus ini dianjurkan oleh Gabungan Pusat e-Komuniti (GPEK) dijalankan di Makmal Perpustakaan Seberang Jaya, Penang. Kami mendapat tunjuk ajar dari guru kami Mr. Yong dan Puan Siti Huraizah, menggunakan MS Frontpage dengan agak mudah.


Wednesday, December 19, 2007

Majlis Perpisahan Pelajar Praktikal


Sebagai meraikan dan ucapan terima kasih kepada pelajar praktikal drp Politeknik Seberang Perai dan Poli Kulim kami membawa mereka makan-makan di Pizza Hut Bukit Mertajam. Terima kasih di atas pertolongan dan diharap kamu semua mendapat pengalaman kerja yang berharga.
Thanks Ira, shuhada, shila, suhana..



Tuesday, December 18, 2007

Bengkel Motivasi B. Inggeris





Program motivasi menjadi lebih menarik dengan bengkel komunikasi. Lihat gambar ini yang dipaparkan.

Semasa perjalanan pulang saya singgah di sebuah rumah yang membuat dodol sebagai industri kampung. Dodolnya sangat lazat yang saya rasa semasa makan tengahari di Sg Semilang.

Bengkel dan Motivasi Peningkatan Penggunaan B. Inggeris




Bengkel yang dianjurkan oleh KEMAS Bukit Mertajam dijalankan di Kg Sg. Semilang, Juru, semalam 18/12/2007. Perasmian dibuat oleh Encik Ramelan Ishak, Penyelia Kawasan. Pengerusi Majlis Puan Rohaya yang juga selaku Penyelia Bahagian Pendidikan Masyarakat telah menjadikan program ini satu kejayaan. Program ini dijayakan juga oleh E-Office dengan penceramah/ tutor Bahasa Inggeris kami Encik Haris Fadella Ishak di bawah Pusat Latihan saya sendiri.


Saya bersyukur peserta-peserta telah mendapat banyak manfaat dalam membina keyakinan diri untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Kami berkongsi beberapa maklumat tips dan petua yang sebahagiannya saya dapatkan dari osmanaffan.com.


Selepas tamat program ini, peserta-peserta boleh mengikuti pula program latihan yang akan kita adakan bersama Kemas di Kg Sekolah, insya-allah.


Tak lupa saya ingin bercerita tentang Kg Semilang. Kawasan dewan tempat kami membuat bengkel dan ceramah agak selesa, namun yang menarik hati saya adalah kafe, pentas dan kawasan yang sangat luas dikelilingi oleh pagar kayu. Tempatnya di tempat laut berhadapan dengan bukit. Tenang sekali.


Friday, November 30, 2007

Kelas ICT Sem 1 IKBN BM - Kumpulan Jumaat






Hari ini saya menemui seorang pelatih yang mempunyai handset SE K800i seperti saya. Kami bertukar pengalaman memiliki handset yang sama. Dengan handset ini juga saya mengambil gambar-gambar untuk dimuatkan ke dalam blog-blog saya.
Seperti biasa, pelatih-pelatih diminta mengambil gambar kenangan selepas diberi ujian bertulis. Semasa ujian bertulis pelatih-pelatih mendengar mp3 dari komputer yang dimuatturun dari U Tube. Dalam masa yang sama saya melihat pelatih download mp3 ke dalam handset melalui data cable yang mereka bawa. Sempat juga! Ada yang sempat membalas mesej dari MySpace. Manakala pelatih berketurunan India mendengar lagu Hindustan.
Walaupun kecoh, yang saya tahu semua ceria dan gembira. Terima kasih semua. Selamat Maju Jaya dan jangan nakal-nakal.


Thursday, November 29, 2007

Kelas ICT Semester 1 - Kelas Khamis






Hari ini saya (gambar teratas, tudung warna coklat) membuat pemantauan lagi. Pelatih-pelatih kelihatan menumpukan perhatian terhadap pengajaran yang disampaikan oleh Cik Lisa dan Cik Ira. Pelatih2 diberi kertas penilaian untuk menguji kefahaman pelatih. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Ada pelatih memberitahu mereka sukakan kakak-kakak ini (bermaksud tenaga pengajar). Sempoi..


Saya juga bertemu bekas pelajar di tempat saya (Cosmopoint Bukit Mertajam), Shabina yang cukup manis orangnya. Dia kata saya nampak makin cantik, alahai Shabina.. Tahniah Shabina kerana berjaya mendapat latihan di IKBN, semoga rajin berusaha dan mendapat kejayaan cemerlang.


Oleh kerana ini bulan terakhir bertemu dan mengajar pelatih-pelatih di IKBN BM, kami sempat bergambar. Minggu depan mereka semua kena exam. Semoga berjaya, pelatih2 semester 1. Jangan lupa peperiksaan akhir kertas ICT pada 9 Disember 2007 pukul 10.30 pagi.

Kelas ICT Semester 1 - Hari Rabu






Kelas hari rabu pula, adalah pelatih dari kumpulan lain. Cik Lisa terpaksa mengajak pelatih-pelatih datang ke depan kerana projektor tidak dapat memaparkan gambar yang jelas dan bilik makmal juga sangat luas. Selepas tamat kelas, kami mengajak pelatih bergambar bersama kerana bulan ini adalah bulan terakhir kami akan bersama-sama pelatih, bulan depan kena exam. Kalau ada rezeki, kita jumpa lagi!

Kelas ICT di IKBN - pelajar semester 1 (Kelas Selasa)







Kelas ICT telah dijalankan di makmal, pelajar-pelajar diajar menggunakan MS Access. Lihatlah gambar-gambar di atas - boleh tahan juga pelajar dari IKBN BM..
Semasa saya shoot gambar mereka seorang-seorang, ada yang malu2, ada juga yang sporting dan ada yang telah send pic melalui bluetooth dari handset sony ericsson mereka. Tetapi mereka tak ada telefon sony ericsson cybershot seperti saya (SE K800i)!!

Tuesday, November 20, 2007

KURSUS INTERNET & PEMBINAAN LAMAN BLOG

Pada 16 November 2007, E-Office telah mengadakan kursus bersama anggota Bomba Pulau Pinang. Kursus tersebut diadakan di Cosmopoint Bukit Mertajam, pusat latihan kami.


Kursus tersebut di ajar oleh Cikgu Lisa. Dalam program ini peserta didedahkan cara bagaimana untuk membina laman blog sendiri. Cikgu Lisa ramah melayan kerenah para peserta seperti En. Rosli, Encik Mohd Zin dan ramai lagi.


Para peserta juga diberi layanan yang istimewa dimana semua peralatan termasuk jamuan makan pagi, tengah hari dan petang disediakan oleh pihak penganjur (E-Office).
Setelah tamat kursus tersebuat sesi penyampaian sijil dilakukan.
Kursus ini dijayakan oleh AJK Cosmopoint BM antaranya Shuhada sebagai juru foto dan Shila sebagai urusetia.

Sunday, November 18, 2007

Pengambilan Pelajar yg tamat Peperiksaan SPM 2007

Pendaftaran kini dibuka untuk pelajar-pelajar SPM 2007 untuk mendapatkan kursus-kursus IT dan Bisnes. Mengapa?



  1. Para pelajar dapat menggunakan masa terluang ini (dari Disember 2007 hingga Julai 2008) untuk menuntut ilmu dan pengetahuan yang berguna.

  2. Jika pelajar masuk universiti, pelajar tidak kekok menggunakan komputer, pelajar akan mahir dalam penggunaan IT dan menaip assignment

  3. Pelajar boleh menyertai aktiviti yang dijalankan oleh E-Office

  4. Bagi pelajar yang mungkin tidak akan menyambung pelajaran ke IPT boleh menggunakan kemahiran yang dipelajari di E-Office untuk mendapatkan pekerjaan.

  5. Cikgu dan fasilitator di sini ramah-ramah belaka (betul la ni...)

Kursus yang boleh diikuti oleh pelajar-



  1. Kursus PC Master (MS Office / Internet)

  2. Kursus Juruteknik Komputer

  3. Kursus Pengurusan Pejabat

  4. Kursus Pembikinan VCD

  5. Kursus UBS Accounting

  6. Kursus e-Secretary dan e-Business Admin

  7. Kursus Keyboarding and Typing Skill

  8. Kursus Membina Laman Web

  9. Kursus INTENSIVE ENGLISH PROGRAMME

Pengambilan bermula dari bulan November. Kelas untuk pelajar SPM bermula dari Bulan Disember.


Disini dilampirkan jadual pembelajaran dan pengambilan

ISNIN hingga KHAMIS - Sesi 1 PCM (9.00-11.00 pg)

Sesi 2 PCM (11.00-1.00 t.hari)

Sesi 3 PCM (2.00- 4.00 ptg)

Sesi 4 PCM (4.00-6.00 ptg)

JUMAAT - CUTI

SABTU - UBS (10.00-1.00 t.hari)

PCM (2.00-4.00 ptg)

Typing (4.00-6.00 ptg)

AHAD - PCM (9.00-1.00 t.hari)

STP (2.00- 5.00 ptg)

JSK (2.00-5.00 ptg)

DIGITAL MASTER (2.00- 5.00 ptg)

INTAKE/PENGAMBILAN

DISEMBER 2007

10/12/2007

24/12/07

JANUARI 2008

15/01/2008

05/02/2008

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Amy 019-479 0908, Shila/Shuhada 019-443 3908 atau 04-5388057, 04-5377908.

Kursus Vocational Training Officer (VTO)







Penilaian mengajar bagi mendapatkan Sijil Pegawai Pengajar dari Jabatan Pembangunan Kemahiran JPK, Kementerian Sumber Manusia, diadakan pada 19 November 2007 di Cosmopoint Bukit Mertajam, cawangan latihan E-Office. Ini melayakkan kami mendapatkan Sijil Pentauliahan bagi Pusat Bertauliah kami untuk menjalankan kursus-kursus kemahiran vokasional.



Encik Zainol, PPL dan rakan kami, Encik Jahafar dan Cikgu Ida dari SSM Global memantau pengajaran dua pegawai kami Puan Nurul Naziah dan Cik Nor Wida. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar walaupun untuk setting komputer dan OHP projektor mengambil masa sedikit.

Friday, November 9, 2007

DISKAUN UNTUK PELAJAR LEPASAN SPM

Sempena pengambilan baru, E-Office menawarkan diskaun untuk pelajar lepasan SPM yang ingin mendaftar dan mengikuti kursus. Tawaran sah sehingga 31/12/2007. Bagi pelajar yang mendapat tawaran PLKN, anda perlu mendaftar dahulu untuk mendapatkan diskaun tersebut. Kelas anda boleh bermula sebaik sahaja tamat kursus PLKN.

TAKLIMAT KURSUS DI SEK MEN AGAMA NIBONG TEBAL






Hari ini kami mendapat peluang untuk memberikan taklimat tentang pusat latihan kami kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 di Sek Men Agama Nibong Tebal, sebuah sekolah terpilih, pelajar-pelajar terpilih. Kami gembira dapat berjumpa dengan pelajar dan Puan Isma. Amy telah memberikan penerangan tentang kursus komputer, business, account dan english, serta intake yang akan bermula pada bulan Disember 2007. Pelajar disarankan agar mendapatkan maklumat lanjut dengan menelefon amy 019-443 3908, atau 04-538 8057, 04-5377908.


Monday, November 5, 2007

Kursus E-Komuniti Perda


E-Office menjalin kerjasama dengan pihak PERDA (Penang Regional Develompment Authority) untuk mengadakan kursus-kursus pengenalan Internet dan Laman Web untuk surirumah, belia-belia, warga kerja dan warga emas.


Sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus 2 hari secara PERCUMA sila hubungi Amy (019-4797908, 019-443 3908) atau 04-5388057, 04-537 7908


Kursus ini lebih kepada latihan secara hands on tentang cara melayari laman web, membuka akaun e-mail dan mendapatkan info tentang agama islam, resepi, petua-petua kesihatan dan membina laman web perniagaan dan web keluarga.

Saturday, October 27, 2007

Kursus ICT bersama Perda






Kursus ICT bertajuk Pembangunan Perniagaan Berteraskan ICT Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang diadakan pada 26-28 Oktober 2007. Bertempat di Copthorne Orchid Penang.
Peserta diajar bagaiman membina laman web, membina blog, menyenaraikan produk di ebay.com.my, cara-cara promosi laman web, cara memulakan bisnes melalui internet.