Saturday, December 11, 2010

KURSUS KOMPUTER UTK LEPASAN SPM 2010

KLIK pada imej untuk melihat brosyer yang lebih besar

Kami membuka pendaftaran baru untuk pelajar lepasan SPM yang baru tamat peperiksaan. Yuran Pendaftaran hanya RM50. Sijil dan nota dibekalkan kepada semua pelajar. Yuran boleh dibayar secara beransur-ansur.

Antara kursus untuk lepasan SPM 2010 adalah:
1) Sijil USM MS Office dan Internet
3) Sijil Perkeranian Pentadbiran
4) Sijil Perkeranian Akaun
5) Sijil Intensif Bahasa Inggeris

Marilah mendaftar segera! Telefon 019-4428789, 04-5370908 atau ke pusat latihan e-office yang terletak 15 minit berjalan kaki dari Plaza Summit Bukit Mertajam, Seberang Perai, Penang.


Wednesday, December 1, 2010

Kursus Asas Laman Web dan E-dagang untuk Usahawan (Insken)

Kursus ini dianjurkan oleh Insken yang akan bermula esok (3hb Disember, 8.30 pagi). Kepada usahawan yang berminat, masih ada kekosongan tempat untuk pendaftaran. Hubungi Nurul 019-4707908 untuk mendaftar.

Kursus Excel intermediate & advanced (Pusat Urus Zakat Group2)

Kursus ini dijalankan untuk 7 orang peserta lagi dari Pusat Urus Zakat Penang. Mereka telah mempelajari ciri-ciri pertengahan seperti formula, analisis dan pelbagai lagi ciri-ciri lanjutan di dalam kursus ini. Kursus bermula 1hb dan tamat 9hb Disember.

Tuesday, November 30, 2010

Taklimat Sistem Aplikasi Open Office

Taklimat ini diminta oleh Pejabat Daerah Seberang Perai Selatan di mana kursus diadakan di Pusat Komputer Negeri P.Pinang. Seramai hampir 30 orang peserta telah hadir utk mendapatkan maklumat tentang aplikasi open office seperti writer, calc dan impress.

Kursus Penilaian Produk Industri Asas Tani

Kursus ini telah diminta oleh pihak IADA di mana ia dijalankan di Hotel Sri Malaysia Kepala Batas. Seramai 15 orang usahawan pertanian hadir ke kursus utk mempelajari tentang produk makanan yang berkualiti serta cara pembungkusan. moderator Dr Noraziah dari USM memberikan penilaian tentang produk oleh usahawan pertanian. pada hari ke dua Encik Puad mendedahkan tentang nilai kesihatan dan cara menjaga kebersihan produk yang dikeluarkan.

Kursus PHP & SQL (SUK Penang)

Kursus PHP & SQL diminta oleh SUK Penang telah diadakan untuk seramai 8 orang peserta di Pusat komputer negeri P.Pinang.

Kursus Excel Intermediate dan Advanced (Pusat Urus Zakat)

Kursus kali ini diminta oleh Pusat Urus Zakat Pulau Pinang diadakan di Pusat latihan e-office. Seramai 10 orang peserta mengikuti kursus ini.

Kursus Khidmat Pelanggan yang Positif (INSKEN)

Kursus ini berjalan dengan baik sekali, terdapat hampir 50 orang peserta yang mendaftar dan hadir ke kursus ini. Jurulatih Encik Julian telah memberikan ceramah, motivasi dan teknik khidmat pelanggan yang positif. Kursus diadakan di Hotel Sri Malaysia Penang.

Wednesday, July 28, 2010

Kursus Motivasi Usahawan

Seminar 1 hari Motivasi untuk Usahawan untuk Kelab Usahawan Negeri P.Pinang telah berlangsung semalam (28 Julai 2010). Program ini dianjurkan oleh FAMA Negeri Pulau Pinang. Peserta terdiri daripada 35 orang yang merupakan usahawan dan bakal usahawan. Bekas tentera juga turut hadir. Puan Wardi telah dijemput sebagai trainer dalam program ini.

Saturday, May 15, 2010

Kursus Hasilan Roselle

Kursus Hasilan Roselle, iaitu cara membuat Pati / Jus Roselle dan Jem Roselle telah dianjurkan oleh MARDI P.Pinang, dengan e-office sebagai konsultan kursus. Haji Bahari dari ibupejabat Mardi memberi tunjuk ajar kepada para usahawan tani untuk mengusahakan hasilan roselle seterusnya untuk menambahkan pendapatan usahawan tani. Seramai 60 orang peserta telah mengikuti kursus ini yang diadakan di Mardi P.Pinang.

Monday, May 10, 2010

Kursus Produk Halal dan Kualiti

Kursus Produk Halal dan Kualiti yang dianjurkan oleh Fama negeri P.Pinang yang diadakan di Safira Country Club Sebarang Jaya P.Pinang telah banyak memberikan faedah kepada usahawan asas tani. Ia membincangkan tentang penghasilan produk halal yang dibentangkan oleh Ustaz Faizal dari Jakim P.Pinang. Pada sebelah petang, Encik Adzhari dari Sirim berkata tentang penjagaan kualiti sesuatu produk. Kemudian ditambah oleh Encik Poad dari Jab Kesihatan mengenai kualiti kesihatan sesuatu produk. Pada sebelah malam, para usahawan bersama dengan Encik Fadella untuk mendapatkan motivasi pemasaran produk. hari kedua, para usahawan mempelajari asas pemasaran dari Puan Wardiyatul.
Fama mengucapkan tahniah kepada peserta kursus dan mengharapkan kejayaan dari setiap usahawan yang mengikuti kursus ini.