Monday, May 10, 2010

Kursus Produk Halal dan Kualiti

Kursus Produk Halal dan Kualiti yang dianjurkan oleh Fama negeri P.Pinang yang diadakan di Safira Country Club Sebarang Jaya P.Pinang telah banyak memberikan faedah kepada usahawan asas tani. Ia membincangkan tentang penghasilan produk halal yang dibentangkan oleh Ustaz Faizal dari Jakim P.Pinang. Pada sebelah petang, Encik Adzhari dari Sirim berkata tentang penjagaan kualiti sesuatu produk. Kemudian ditambah oleh Encik Poad dari Jab Kesihatan mengenai kualiti kesihatan sesuatu produk. Pada sebelah malam, para usahawan bersama dengan Encik Fadella untuk mendapatkan motivasi pemasaran produk. hari kedua, para usahawan mempelajari asas pemasaran dari Puan Wardiyatul.
Fama mengucapkan tahniah kepada peserta kursus dan mengharapkan kejayaan dari setiap usahawan yang mengikuti kursus ini.

No comments: