Thursday, December 27, 2007

Kursus Training of Trainer - TMS Publisher for penangcares.net dan Membina Laman Web e-Komuniti Tempatan







Hari ini saya menyertai program latihan laman web dan membuat listing di http://www.penangcares.net/ . Kursus ini dianjurkan oleh Gabungan Pusat e-Komuniti (GPEK) dijalankan di Makmal Perpustakaan Seberang Jaya, Penang. Kami mendapat tunjuk ajar dari guru kami Mr. Yong dan Puan Siti Huraizah, menggunakan MS Frontpage dengan agak mudah.


Wednesday, December 19, 2007

Majlis Perpisahan Pelajar Praktikal


Sebagai meraikan dan ucapan terima kasih kepada pelajar praktikal drp Politeknik Seberang Perai dan Poli Kulim kami membawa mereka makan-makan di Pizza Hut Bukit Mertajam. Terima kasih di atas pertolongan dan diharap kamu semua mendapat pengalaman kerja yang berharga.
Thanks Ira, shuhada, shila, suhana..



Tuesday, December 18, 2007

Bengkel Motivasi B. Inggeris





Program motivasi menjadi lebih menarik dengan bengkel komunikasi. Lihat gambar ini yang dipaparkan.

Semasa perjalanan pulang saya singgah di sebuah rumah yang membuat dodol sebagai industri kampung. Dodolnya sangat lazat yang saya rasa semasa makan tengahari di Sg Semilang.

Bengkel dan Motivasi Peningkatan Penggunaan B. Inggeris




Bengkel yang dianjurkan oleh KEMAS Bukit Mertajam dijalankan di Kg Sg. Semilang, Juru, semalam 18/12/2007. Perasmian dibuat oleh Encik Ramelan Ishak, Penyelia Kawasan. Pengerusi Majlis Puan Rohaya yang juga selaku Penyelia Bahagian Pendidikan Masyarakat telah menjadikan program ini satu kejayaan. Program ini dijayakan juga oleh E-Office dengan penceramah/ tutor Bahasa Inggeris kami Encik Haris Fadella Ishak di bawah Pusat Latihan saya sendiri.


Saya bersyukur peserta-peserta telah mendapat banyak manfaat dalam membina keyakinan diri untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Kami berkongsi beberapa maklumat tips dan petua yang sebahagiannya saya dapatkan dari osmanaffan.com.


Selepas tamat program ini, peserta-peserta boleh mengikuti pula program latihan yang akan kita adakan bersama Kemas di Kg Sekolah, insya-allah.


Tak lupa saya ingin bercerita tentang Kg Semilang. Kawasan dewan tempat kami membuat bengkel dan ceramah agak selesa, namun yang menarik hati saya adalah kafe, pentas dan kawasan yang sangat luas dikelilingi oleh pagar kayu. Tempatnya di tempat laut berhadapan dengan bukit. Tenang sekali.