Tuesday, December 18, 2007

Bengkel dan Motivasi Peningkatan Penggunaan B. Inggeris




Bengkel yang dianjurkan oleh KEMAS Bukit Mertajam dijalankan di Kg Sg. Semilang, Juru, semalam 18/12/2007. Perasmian dibuat oleh Encik Ramelan Ishak, Penyelia Kawasan. Pengerusi Majlis Puan Rohaya yang juga selaku Penyelia Bahagian Pendidikan Masyarakat telah menjadikan program ini satu kejayaan. Program ini dijayakan juga oleh E-Office dengan penceramah/ tutor Bahasa Inggeris kami Encik Haris Fadella Ishak di bawah Pusat Latihan saya sendiri.


Saya bersyukur peserta-peserta telah mendapat banyak manfaat dalam membina keyakinan diri untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Kami berkongsi beberapa maklumat tips dan petua yang sebahagiannya saya dapatkan dari osmanaffan.com.


Selepas tamat program ini, peserta-peserta boleh mengikuti pula program latihan yang akan kita adakan bersama Kemas di Kg Sekolah, insya-allah.


Tak lupa saya ingin bercerita tentang Kg Semilang. Kawasan dewan tempat kami membuat bengkel dan ceramah agak selesa, namun yang menarik hati saya adalah kafe, pentas dan kawasan yang sangat luas dikelilingi oleh pagar kayu. Tempatnya di tempat laut berhadapan dengan bukit. Tenang sekali.


No comments: