Thursday, November 29, 2007

Kelas ICT Semester 1 - Kelas Khamis






Hari ini saya (gambar teratas, tudung warna coklat) membuat pemantauan lagi. Pelatih-pelatih kelihatan menumpukan perhatian terhadap pengajaran yang disampaikan oleh Cik Lisa dan Cik Ira. Pelatih2 diberi kertas penilaian untuk menguji kefahaman pelatih. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Ada pelatih memberitahu mereka sukakan kakak-kakak ini (bermaksud tenaga pengajar). Sempoi..


Saya juga bertemu bekas pelajar di tempat saya (Cosmopoint Bukit Mertajam), Shabina yang cukup manis orangnya. Dia kata saya nampak makin cantik, alahai Shabina.. Tahniah Shabina kerana berjaya mendapat latihan di IKBN, semoga rajin berusaha dan mendapat kejayaan cemerlang.


Oleh kerana ini bulan terakhir bertemu dan mengajar pelatih-pelatih di IKBN BM, kami sempat bergambar. Minggu depan mereka semua kena exam. Semoga berjaya, pelatih2 semester 1. Jangan lupa peperiksaan akhir kertas ICT pada 9 Disember 2007 pukul 10.30 pagi.

No comments: