Wednesday, November 13, 2013

Apakah KURSUS VTO SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL (VTO) ?

KURSUS VTO
SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL (VTO)
OBJEKTIF KURSUS :

Program latihan ini adalah bertujuan untuk menghasilkan pengajar yang berketerampilan sebagaimana keperluan Akta 652 (NASDA) Standard 6 dan mempunyai kriteria sebagai PP/PPD iaitu :

“ Memiliki sekurang-kurangnya SKM di dalam bidang pengajar vokasional atau sijil perguruan vokasional atau sijil latihan mengajar vokasional yang diiktiraf oleh JPK/MLVK “

RANGKA PEMBELAJARAN LATIHAN :
Menggunapakai NOSS Vocational Training Officer (I-031-3) sebagai garis panduan asas.
Tempoh pelaksanaan kursus adalah selama 9 bulan merangkumi Methodology Vokasional dan Latihan Internship .
Graduan akan dianugerahkan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL  TAHAP 3 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).


KELAYAKAN MASUK :

1. Pemohon adalah Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 45 tahun
2. a) Lulus dalam SPM atau setaraf dengannya dengan Lulus dalam Bahasa Malaysia (BM) ; dan
    b) Mempunyai salah satu dari kelayakan berikut :
        i. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 ; atau
        ii. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 ; atau
        iii. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5

PELUANG PEKERJAAN :

Graduan boleh memohon jawatan sebagai tenaga pengajar vokasional di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta.

No comments: