Wednesday, June 20, 2012

Pameran pendidikan di Uitm Pulau Pinang

E-office sedang mengadakan pameran pendidikan. Promosi yuran kursus dengan 40% diskaun. Kursus komputer, typing skill dan perakaunan berkomputer.

Saturday, June 16, 2012

Diskaun hebat hingga 30% sempena ramadhan.

Daftar sekarang untuk menghadiri kursus komputer, kursus menaip dan perakaunan berkomputer sehingga 30% diskaun. (Promosi tamat seminggu selepas raya). Telefon 04-5308730. Tempat di Bukit Mertajam.

Friday, June 15, 2012

Kursus pembungkusan untuk industri asas tani

Kursus 2 hari dianjurkan oleh integrated agricultural department authority, penang (iadapp) dan diselaraskan oleh e-office virtual system sdn bhd (e-office) telah memberikan satu dimensi baru di dalam merekacipta pembungkusan produk industri asas tani untuk usahawan tani sederhana / kecil di Pulau Pinang.

Tuesday, June 12, 2012

Kursus menaip / computer typing course

Kursus menaip diadakan untuk pelajar kursus pentadbiran perniagaan kolej komuniti kulim di Jmti selama 3 minggu. Ia dianjurkan oleh pengurusan kolej supaya pelajar yang bakal tamat kursus lebih bersedia dan lebih berkelebihan di pasaran pekerjaan.




Wednesday, January 18, 2012

Kursus Komputer untuk Lepasan SPM 2011 (Juga terbuka kepada sesiapa shj)


Pelajar-pelajar bolehlah membuat pendaftaran di pejabat kami di Bukit Mertajam dan dapatkan diskaun jika daftar sebelum 31 Jan 2012. Dan jika bawa kawan, juga diberi tunai / diskaun.

Selepas tamat kursus pelajar akan mendapat Sijil Kemahiran daripada USM (bagi kursus ICT). Pelajar yang ingin menjadi kerani dinasihatkan mengambil kursus akaun dan kursus menaip.

Untuk yang dah pandai ICT, bolehlah datang ke seminar 1 atau 2 hari dan dapatkan sijil. Diskaun 50% ditolak dari harga biasa.

Telefon Cik Wida 04-5370908, 04-5308730 atau sms/call 013-4978186

Dijamin belajar sampai Pandai!

Kursus Komputer untuk Lepasan SPM 2011 dan

Tuesday, July 5, 2011

Kursus Pemantapan Kejurujualan Usahawan dan Motivas

Kursus ini dianjurkan oleh IADA Pulau Pinang untuk usahawan bimbingan mereka. Dr Yusry sebagai penceramah telah memberikan kursus yang mantap untuk memberikan kemahiran kepada usahawan untuk memasarkan produk mengikut strategi yang cemerlang dan memberikan motivasi supaya usahawan terus berjuang di dalam bidang keusahawanan masing-masing.








Kursus Open Office Word, Calc dan Impress

E-office telah dijemput oleh SUK Pulau Pinang untuk mengajar kursus Open Office secara asas dan pertengahan kepada kakitangan kerajaan di bawah tadbirannya. Kursus dijalankan selama 2 hari setiap subjek diajar secara berperingkat kepada beberapa kumpulan bermula bulan Mac hinggalah September tahun ini. Peserta diharapkan dapat memahirkan diri menggunakan sofwer percuma ini supaya pihak kerajaan tidak perlu membeli sofwer berlesen yang berkos tinggi.

Kursus Halal dan GMP - Iada

Kursus ini diadakan 3 minggu yang lepas oleh IADA Pulau Pinang untuk memberi pendedahan kepada usahawan tani tentang pengeluaran produk Halal dan Asas GMP. Penceramah Ustaz Faizal dari JAIP Pulau Pinang dan Encik Adzhari dari SIRIM Pulau Pinang membentangkan kertas kerja. Peserta adalah dari sekitar Pulau Pinang dan mereka adalah pengusaha produk berasaskan pertanian seperti membuat sos, ikan masin, perencah, kuih tradisional dan lain-lain.





Wednesday, March 23, 2011

Kursus Bookkeeping Asas untuk Usahawan di Kuala Gula

Kursus ini telah dijalankan untuk Global Environment Center dibiayai oleh Community Link CIMB Bank. Pesrta dari kalangan usahawan runcit dan nelayan di Kuala Kurau, Perak. Kelas Diadakan selama 1 1/2 haridi KualaGula Resort.







Saturday, December 11, 2010

KURSUS KOMPUTER UTK LEPASAN SPM 2010

KLIK pada imej untuk melihat brosyer yang lebih besar

Kami membuka pendaftaran baru untuk pelajar lepasan SPM yang baru tamat peperiksaan. Yuran Pendaftaran hanya RM50. Sijil dan nota dibekalkan kepada semua pelajar. Yuran boleh dibayar secara beransur-ansur.

Antara kursus untuk lepasan SPM 2010 adalah:
1) Sijil USM MS Office dan Internet
3) Sijil Perkeranian Pentadbiran
4) Sijil Perkeranian Akaun
5) Sijil Intensif Bahasa Inggeris

Marilah mendaftar segera! Telefon 019-4428789, 04-5370908 atau ke pusat latihan e-office yang terletak 15 minit berjalan kaki dari Plaza Summit Bukit Mertajam, Seberang Perai, Penang.


Wednesday, December 1, 2010

Kursus Asas Laman Web dan E-dagang untuk Usahawan (Insken)

Kursus ini dianjurkan oleh Insken yang akan bermula esok (3hb Disember, 8.30 pagi). Kepada usahawan yang berminat, masih ada kekosongan tempat untuk pendaftaran. Hubungi Nurul 019-4707908 untuk mendaftar.

Kursus Excel intermediate & advanced (Pusat Urus Zakat Group2)

Kursus ini dijalankan untuk 7 orang peserta lagi dari Pusat Urus Zakat Penang. Mereka telah mempelajari ciri-ciri pertengahan seperti formula, analisis dan pelbagai lagi ciri-ciri lanjutan di dalam kursus ini. Kursus bermula 1hb dan tamat 9hb Disember.

Tuesday, November 30, 2010

Taklimat Sistem Aplikasi Open Office

Taklimat ini diminta oleh Pejabat Daerah Seberang Perai Selatan di mana kursus diadakan di Pusat Komputer Negeri P.Pinang. Seramai hampir 30 orang peserta telah hadir utk mendapatkan maklumat tentang aplikasi open office seperti writer, calc dan impress.

Kursus Penilaian Produk Industri Asas Tani

Kursus ini telah diminta oleh pihak IADA di mana ia dijalankan di Hotel Sri Malaysia Kepala Batas. Seramai 15 orang usahawan pertanian hadir ke kursus utk mempelajari tentang produk makanan yang berkualiti serta cara pembungkusan. moderator Dr Noraziah dari USM memberikan penilaian tentang produk oleh usahawan pertanian. pada hari ke dua Encik Puad mendedahkan tentang nilai kesihatan dan cara menjaga kebersihan produk yang dikeluarkan.

Kursus PHP & SQL (SUK Penang)

Kursus PHP & SQL diminta oleh SUK Penang telah diadakan untuk seramai 8 orang peserta di Pusat komputer negeri P.Pinang.

Kursus Excel Intermediate dan Advanced (Pusat Urus Zakat)

Kursus kali ini diminta oleh Pusat Urus Zakat Pulau Pinang diadakan di Pusat latihan e-office. Seramai 10 orang peserta mengikuti kursus ini.

Kursus Khidmat Pelanggan yang Positif (INSKEN)

Kursus ini berjalan dengan baik sekali, terdapat hampir 50 orang peserta yang mendaftar dan hadir ke kursus ini. Jurulatih Encik Julian telah memberikan ceramah, motivasi dan teknik khidmat pelanggan yang positif. Kursus diadakan di Hotel Sri Malaysia Penang.

Wednesday, July 28, 2010

Kursus Motivasi Usahawan

Seminar 1 hari Motivasi untuk Usahawan untuk Kelab Usahawan Negeri P.Pinang telah berlangsung semalam (28 Julai 2010). Program ini dianjurkan oleh FAMA Negeri Pulau Pinang. Peserta terdiri daripada 35 orang yang merupakan usahawan dan bakal usahawan. Bekas tentera juga turut hadir. Puan Wardi telah dijemput sebagai trainer dalam program ini.

Saturday, May 15, 2010

Kursus Hasilan Roselle

Kursus Hasilan Roselle, iaitu cara membuat Pati / Jus Roselle dan Jem Roselle telah dianjurkan oleh MARDI P.Pinang, dengan e-office sebagai konsultan kursus. Haji Bahari dari ibupejabat Mardi memberi tunjuk ajar kepada para usahawan tani untuk mengusahakan hasilan roselle seterusnya untuk menambahkan pendapatan usahawan tani. Seramai 60 orang peserta telah mengikuti kursus ini yang diadakan di Mardi P.Pinang.