Thursday, June 26, 2008

PC Assembling Course / Kursus Pemasangan PC anjuran KEMAS






This two-day course serve as an introduction to assembling personal computer and installing softwares to the Community of Seberang Perai organised by Kemas Parlimen Batu Kawan at their own Lab. We provide 5 Pcs to be assembled for the training purpose.

Kursus pemasangan pc diadakan di kompleks pusat sumber kg sekolah juru anjuran bahagian pendidikan masyarakat KEMAS parlimen batu kawan.

Friday, June 20, 2008

AUTOCAD 3 DAY COURSE





Daxon Technology Sdn Bhd is one of BenQ group ((BenQ Corporation plays as a provider in digital lifestyle application such as wireless communication, multimedia, and network appliances), appointed us to train their staff in basic/intermediate Autocad course which they are taught the basics to 3D design. It was held in three consecutive Saturdays.

Kursus Autocad 2007 dijalankan kepada kakitangan-kakitangan Daxon Sdn Bhd. Mereka mempelajari teknik merekabentuk dari asas hingga peringkat 2D dan 3D. Peserta seramai 16 orang telah hadir mengikuti kursus di bawah tutor Encik Zaidi dan pembantu Encik Zamri. Kursus dibantu juga oleh Cik Ros dan Cik An.

INTENSIVE ENGLISH COURSE - DEBATE



They are a group of our school leavers who enrolled in our 3-month Intensive English Programme. In this 36 hours programme, they are tested on the skill to debate/public speaking/speech giving. They are taught in area of spoken English, writing, grammar and vocabulary. Most of them attended this program to prepare themselves at the university and workplace.

Pelajar-pelajar yang hampir tamat kursus intensif bahasa inggeris dikehendaki melakukan aktiviti Bahas (Debate) untuk mengukur kemajuan mereka. Setelah dilatih begini diharapkan pelajar-pelajar ini dapat mengikis perasaan malu ketika di tempat kerja dan meningkatkan keyakinan diri. Bahasa Bahasa Inggeris dikelolakan oleh Tutor kami Encik Haris.

Friday, May 16, 2008

Bakery Technology / Kursus Teknologi Bakeri 1 - Hari kedua


It was the second day i'm in the class. This also give me an insight of SME entreprenuer and learn to know them closely.

Pada hari kedua, kami mempelajari cara-cara membuat kek dan biskut pula. Peserta yang mengikuti kursus ini mungkin dapat mengembangkan perniagaan masing-masing dan jika terdapat resipi baru, peserta yang terdiri dari pengusaha kuih dan bakeri boleh membaiki cara dan teknik baru. Di dalam kelas ini, kami mencuba resipi membuat roti dengan menggunakan tepung pisang sebagai satu nutrisi membekalkan fiber. Bagi saya, ini semua pengalaman baru dan dunia baru untuk pengusaha kelas komputer dan pentadbiran seperti saya- Nurul.




Thursday, May 15, 2008

ICT 5 MONTH COURSE / ICT Sem 2 IKBN BM - SESI 1 2008

The ICT training to the youths and trainees at the IKBN (National Youth Skills Institute) is just started for the new session 1/2008. We have been selected as IKBN Contractor to teach the trainees in the area of Information & Communication Technology for the next 5 months. Each student can learn Electronic Document, Web Publishing, the Internet and Hardware Maintenance. We also teach their student in the area of Core Abilities. Our trainers Encik Zamri, Encik Azmeer and Encik Haris are among the best trainers that we have that will train the students of IKBN. Our trainers will be monitored by SSM Global Consult Sdn Bhd which is appointed by our company to ensure the trainers impart knowledge and skills to the youth in the most exciting ways.


Kelas ICT telah bermula di IKBN untuk sesi 1 2008. Tenaga Pengajar Encik Zamri, Encik Azmer dan Encik Haris mengajar pelatih kursus di IKBN seramai lebih kurang 250 orang. Pelajar dilatih kursus asas ICT seperti membaik pulih komputer dan membuat laman web. Pelatih juga dilatih dan diberi latihan untuk NCS Core-Abilities. Kursus dan Tenaga Pengajar E-Office ini dipantau oleh rakan kami dari SSM Global Consult, Cikgu Ida untuk memastikan keberkesanan Kursus. Kursus ICT diselia oleh Cik Wida dan dibantu oleh Cik Effa dan Cik Yati.

Selain itu, kami berhubung terus dengan Encik Fariz dan Encik Tarmizi serta Unit Bina Insan di IKBN BM untuk mengurus disiplin pelajar dan memastikan jadual kelas lancar.

Kelas ICT Sem 2 IKBN BM (Sesi 1 2008)




student di ikbn bm mengambil ujian


Wednesday, May 14, 2008

Kursus Teknologi Bakeri 1





Saya menghadiri kursus bakeri 2 hari anjuran bersama Kementerian Industri Asas Tani Malaysia - IADA P. Pinang dan Pusat Pengajian Teknologi Industri USM.




Tenaga Pengajar kami Prof Madya Dr Nooraziah Abdul Aziz dan Puan Wan Nadiah mengajar kami dengan cara begitu mesra sekali. Kami boleh bertanya apa sahaja semasa sesi bengkel dan kelas teori. Saya berkenalan dengan ramai peserta lain yang merupakan usahawan kek dan bakeri, pengusaha sos, pengusaha biskut dan kuih-kuih tradisional.




Saya pula mempunyai latarbelakang yang berlainan-saya mempunyai sebuah pusat komputer dan latihan. Saya cuba berkongsi cara membuat MOBILE BLOGGING di dalam kelas kepada pengusaha-pengusaha ini supaya dengan cara ini mereka boleh mempromosi produk dan menulis tentang produk mereka walau di mana sahaja mereka berada dan walau sesibuk manapun mereka.

Sunday, March 30, 2008

KURSUS KEUSAHAWANAN 2008






Majlis dirasmikan oleh Cik Nurul Naziah sebagai Director E-Office Virtual System Sdn Bhd.Kursus tersebut disampaikan oleh Encik Harris.
Semua peserta memberikan komitmen yang baik sepanjang kursus tersebut.

-KURSUS KEUSAHAWANAN-






Pada 25 - 27 Mac 2008 telah diadakan Kursus Keusahawanan yang diadakan di Naza Hotel , Pulau Pinang.Tema kursus tersebut ialah "Meningkatkan Keuntungan Pemasaran Strategik"anjuran IADA & FAMA Pulau Pinang.Seramai 30 orang peserta mengikuti kursus tersebut.

Sunday, March 23, 2008

ENGLISH DAY 2008






This is one of the activities held to celebrate our students (most of them are fresh school leavers) final month in their courses. They present Choral Speaking, Nasyid in English and Games.

Aktiviti yang dijalankan termasuklah Choral Speaking , nasyid dalam bahasa Inggeris . Aktiviti pertama ialah ucapan alu-aluan dari Cik Nurul Naziah iaitu Pengetua Cosmopoint. Selepas itu dijalankan Choral Speaking dan nasyid.Selepas aktiviti ini pula dijalankan permainan buat menghiburkan pelajar. Antara permainannya ialah "Poison Box"dan "Sharade". Selepas itu diadakan jamuan makan dan majlis hari jadi kepada pelajar yang lahir pada bulan Januari , Februari dan Mac.Semua pihak memberi sokongan dan galakan bagi menjayakan English Day pada hari tersebut.

English Day





Pada 23 Mac telah diadakan satu majlis iaitu English Day yang bertempat di Cosmopoint Bukit Mertajam. Seramai lebih kurang 25 orang pelajar menyertai aktiviti yang dijalankan.Gambar di atas kelihatan pelajar - pelajar berlatih sebelum melakukan persembahan.Majlis ini diadakan bagi pelajar yang telah tamat kos Intensive English (IEP).

Monday, March 17, 2008

Aktiviti luar kelas English








Pada 24 februari 2008 , kelas English telah mengadakan aktiviti luar yang bertempat di Mengkuang Dam.Aktiviti ini hanya dihadiri oleh semua pelajar yang mengambil kos IEP (Intensive English).Seramai 4 orang pelajar lelaki dan 21 pelajar perempuan.Encik Harris juga mengikuti aktiviti tersebut.Semuanya gembira mengikuti aktiviti yang dijalankan.

Sunday, March 2, 2008

Majlis Penyampaian Sijil Microsoft Visio 2003






Majlis penyampaian sijil diberi di akhir kursus kepada semua pensyarah Politeknik Seberang Perai. Sijil disampaikan sendiri oleh Cik Nurul Naziah. Wajah gembira terpancar di akhir majlis tersebut. Diharapkan semoga semua pihak berpuas hati dengan kursus yang dijalankan.

Kursus Microsoft Visio 2003






Pada 25 sehinnga 27 Februari 2008 telah diadakan Kursus Microsoft Visio 2003. Kursus tersebut telah dijalankan di Emerald Putri Hotel Sungai Petani , Kedah. Seramai 20 orang pensyarah dari Politeknik Seberang Perai mengikuti kursus tersebut. Semuanya terdiri daripada pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.Gambar di atas menunjukkan suasana pembelajaran sepanjang kursus dijalankan.