Majlis penyampaian sijil diberi di akhir kursus kepada semua pensyarah Politeknik Seberang Perai. Sijil disampaikan sendiri oleh Cik Nurul Naziah. Wajah gembira terpancar di akhir majlis tersebut. Diharapkan semoga semua pihak berpuas hati dengan kursus yang dijalankan.
Pusat Latihan yang berpejabat di Subang Bestari Shah Alam (Tel: 03-78590908, 7859 0878) dan Bukit Mertajam, Penang (04-5382630) menyediakan kursus VTO, IT, Pentadbiran, Perkeranian, Perakaunan dan Perniagaan untuk keperluan anda. Pengalaman lebih dari 10 tahun
Sunday, March 2, 2008
Majlis Penyampaian Sijil Microsoft Visio 2003
Majlis penyampaian sijil diberi di akhir kursus kepada semua pensyarah Politeknik Seberang Perai. Sijil disampaikan sendiri oleh Cik Nurul Naziah. Wajah gembira terpancar di akhir majlis tersebut. Diharapkan semoga semua pihak berpuas hati dengan kursus yang dijalankan.
Kursus Microsoft Visio 2003
Pada 25 sehinnga 27 Februari 2008 telah diadakan Kursus Microsoft Visio 2003. Kursus tersebut telah dijalankan di Emerald Putri Hotel Sungai Petani , Kedah. Seramai 20 orang pensyarah dari Politeknik Seberang Perai mengikuti kursus tersebut. Semuanya terdiri daripada pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.Gambar di atas menunjukkan suasana pembelajaran sepanjang kursus dijalankan.
Tuesday, February 19, 2008
Monday, February 18, 2008
Kursus Komputer bersama Encik Manzoor
Thursday, December 27, 2007
Kursus Training of Trainer - TMS Publisher for penangcares.net dan Membina Laman Web e-Komuniti Tempatan
Hari ini saya menyertai program latihan laman web dan membuat listing di http://www.penangcares.net/ . Kursus ini dianjurkan oleh Gabungan Pusat e-Komuniti (GPEK) dijalankan di Makmal Perpustakaan Seberang Jaya, Penang. Kami mendapat tunjuk ajar dari guru kami Mr. Yong dan Puan Siti Huraizah, menggunakan MS Frontpage dengan agak mudah.
Wednesday, December 19, 2007
Majlis Perpisahan Pelajar Praktikal
Sebagai meraikan dan ucapan terima kasih kepada pelajar praktikal drp Politeknik Seberang Perai dan Poli Kulim kami membawa mereka makan-makan di Pizza Hut Bukit Mertajam. Terima kasih di atas pertolongan dan diharap kamu semua mendapat pengalaman kerja yang berharga.
Thanks Ira, shuhada, shila, suhana..
Tuesday, December 18, 2007
Bengkel Motivasi B. Inggeris
Bengkel dan Motivasi Peningkatan Penggunaan B. Inggeris
Bengkel yang dianjurkan oleh KEMAS Bukit Mertajam dijalankan di Kg Sg. Semilang, Juru, semalam 18/12/2007. Perasmian dibuat oleh Encik Ramelan Ishak, Penyelia Kawasan. Pengerusi Majlis Puan Rohaya yang juga selaku Penyelia Bahagian Pendidikan Masyarakat telah menjadikan program ini satu kejayaan. Program ini dijayakan juga oleh E-Office dengan penceramah/ tutor Bahasa Inggeris kami Encik Haris Fadella Ishak di bawah Pusat Latihan saya sendiri.
Saya bersyukur peserta-peserta telah mendapat banyak manfaat dalam membina keyakinan diri untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Kami berkongsi beberapa maklumat tips dan petua yang sebahagiannya saya dapatkan dari osmanaffan.com.
Selepas tamat program ini, peserta-peserta boleh mengikuti pula program latihan yang akan kita adakan bersama Kemas di Kg Sekolah, insya-allah.
Tak lupa saya ingin bercerita tentang Kg Semilang. Kawasan dewan tempat kami membuat bengkel dan ceramah agak selesa, namun yang menarik hati saya adalah kafe, pentas dan kawasan yang sangat luas dikelilingi oleh pagar kayu. Tempatnya di tempat laut berhadapan dengan bukit. Tenang sekali.
Friday, November 30, 2007
Kelas ICT Sem 1 IKBN BM - Kumpulan Jumaat
Hari ini saya menemui seorang pelatih yang mempunyai handset SE K800i seperti saya. Kami bertukar pengalaman memiliki handset yang sama. Dengan handset ini juga saya mengambil gambar-gambar untuk dimuatkan ke dalam blog-blog saya.
Seperti biasa, pelatih-pelatih diminta mengambil gambar kenangan selepas diberi ujian bertulis. Semasa ujian bertulis pelatih-pelatih mendengar mp3 dari komputer yang dimuatturun dari U Tube. Dalam masa yang sama saya melihat pelatih download mp3 ke dalam handset melalui data cable yang mereka bawa. Sempat juga! Ada yang sempat membalas mesej dari MySpace. Manakala pelatih berketurunan India mendengar lagu Hindustan.
Walaupun kecoh, yang saya tahu semua ceria dan gembira. Terima kasih semua. Selamat Maju Jaya dan jangan nakal-nakal.
Thursday, November 29, 2007
Kelas ICT Semester 1 - Kelas Khamis
Hari ini saya (gambar teratas, tudung warna coklat) membuat pemantauan lagi. Pelatih-pelatih kelihatan menumpukan perhatian terhadap pengajaran yang disampaikan oleh Cik Lisa dan Cik Ira. Pelatih2 diberi kertas penilaian untuk menguji kefahaman pelatih. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Ada pelatih memberitahu mereka sukakan kakak-kakak ini (bermaksud tenaga pengajar). Sempoi..
Saya juga bertemu bekas pelajar di tempat saya (Cosmopoint Bukit Mertajam), Shabina yang cukup manis orangnya. Dia kata saya nampak makin cantik, alahai Shabina.. Tahniah Shabina kerana berjaya mendapat latihan di IKBN, semoga rajin berusaha dan mendapat kejayaan cemerlang.
Oleh kerana ini bulan terakhir bertemu dan mengajar pelatih-pelatih di IKBN BM, kami sempat bergambar. Minggu depan mereka semua kena exam. Semoga berjaya, pelatih2 semester 1. Jangan lupa peperiksaan akhir kertas ICT pada 9 Disember 2007 pukul 10.30 pagi.
Kelas ICT Semester 1 - Hari Rabu
Kelas hari rabu pula, adalah pelatih dari kumpulan lain. Cik Lisa terpaksa mengajak pelatih-pelatih datang ke depan kerana projektor tidak dapat memaparkan gambar yang jelas dan bilik makmal juga sangat luas. Selepas tamat kelas, kami mengajak pelatih bergambar bersama kerana bulan ini adalah bulan terakhir kami akan bersama-sama pelatih, bulan depan kena exam. Kalau ada rezeki, kita jumpa lagi!
Kelas ICT di IKBN - pelajar semester 1 (Kelas Selasa)
Kelas ICT telah dijalankan di makmal, pelajar-pelajar diajar menggunakan MS Access. Lihatlah gambar-gambar di atas - boleh tahan juga pelajar dari IKBN BM..
Semasa saya shoot gambar mereka seorang-seorang, ada yang malu2, ada juga yang sporting dan ada yang telah send pic melalui bluetooth dari handset sony ericsson mereka. Tetapi mereka tak ada telefon sony ericsson cybershot seperti saya (SE K800i)!!
Tuesday, November 20, 2007
KURSUS INTERNET & PEMBINAAN LAMAN BLOG
Kursus tersebut di ajar oleh Cikgu Lisa. Dalam program ini peserta didedahkan cara bagaimana untuk membina laman blog sendiri. Cikgu Lisa ramah melayan kerenah para peserta seperti En. Rosli, Encik Mohd Zin dan ramai lagi.
Para peserta juga diberi layanan yang istimewa dimana semua peralatan termasuk jamuan makan pagi, tengah hari dan petang disediakan oleh pihak penganjur (E-Office).
Setelah tamat kursus tersebuat sesi penyampaian sijil dilakukan.
Kursus ini dijayakan oleh AJK Cosmopoint BM antaranya Shuhada sebagai juru foto dan Shila sebagai urusetia.
Subscribe to:
Comments (Atom)