Pada 25 - 27 Mac 2008 telah diadakan Kursus Keusahawanan yang diadakan di Naza Hotel , Pulau Pinang.Tema kursus tersebut ialah "Meningkatkan Keuntungan Pemasaran Strategik"anjuran IADA & FAMA Pulau Pinang.Seramai 30 orang peserta mengikuti kursus tersebut.
Pusat Latihan yang berpejabat di Subang Bestari Shah Alam (Tel: 03-78590908, 7859 0878) dan Bukit Mertajam, Penang (04-5382630) menyediakan kursus VTO, IT, Pentadbiran, Perkeranian, Perakaunan dan Perniagaan untuk keperluan anda. Pengalaman lebih dari 10 tahun
Sunday, March 30, 2008
Sunday, March 23, 2008
ENGLISH DAY 2008
.jpg)
This is one of the activities held to celebrate our students (most of them are fresh school leavers) final month in their courses. They present Choral Speaking, Nasyid in English and Games.
Aktiviti yang dijalankan termasuklah Choral Speaking , nasyid dalam bahasa Inggeris . Aktiviti pertama ialah ucapan alu-aluan dari Cik Nurul Naziah iaitu Pengetua Cosmopoint. Selepas itu dijalankan Choral Speaking dan nasyid.Selepas aktiviti ini pula dijalankan permainan buat menghiburkan pelajar. Antara permainannya ialah "Poison Box"dan "Sharade". Selepas itu diadakan jamuan makan dan majlis hari jadi kepada pelajar yang lahir pada bulan Januari , Februari dan Mac.Semua pihak memberi sokongan dan galakan bagi menjayakan English Day pada hari tersebut.
English Day
Pada 23 Mac telah diadakan satu majlis iaitu English Day yang bertempat di Cosmopoint Bukit Mertajam. Seramai lebih kurang 25 orang pelajar menyertai aktiviti yang dijalankan.Gambar di atas kelihatan pelajar - pelajar berlatih sebelum melakukan persembahan.Majlis ini diadakan bagi pelajar yang telah tamat kos Intensive English (IEP).
Monday, March 17, 2008
Aktiviti luar kelas English
Pada 24 februari 2008 , kelas English telah mengadakan aktiviti luar yang bertempat di Mengkuang Dam.Aktiviti ini hanya dihadiri oleh semua pelajar yang mengambil kos IEP (Intensive English).Seramai 4 orang pelajar lelaki dan 21 pelajar perempuan.Encik Harris juga mengikuti aktiviti tersebut.Semuanya gembira mengikuti aktiviti yang dijalankan.
Sunday, March 2, 2008
Majlis Penyampaian Sijil Microsoft Visio 2003
Kursus Microsoft Visio 2003
Pada 25 sehinnga 27 Februari 2008 telah diadakan Kursus Microsoft Visio 2003. Kursus tersebut telah dijalankan di Emerald Putri Hotel Sungai Petani , Kedah. Seramai 20 orang pensyarah dari Politeknik Seberang Perai mengikuti kursus tersebut. Semuanya terdiri daripada pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.Gambar di atas menunjukkan suasana pembelajaran sepanjang kursus dijalankan.
Tuesday, February 19, 2008
Monday, February 18, 2008
Kursus Komputer bersama Encik Manzoor
Thursday, December 27, 2007
Kursus Training of Trainer - TMS Publisher for penangcares.net dan Membina Laman Web e-Komuniti Tempatan
Hari ini saya menyertai program latihan laman web dan membuat listing di http://www.penangcares.net/ . Kursus ini dianjurkan oleh Gabungan Pusat e-Komuniti (GPEK) dijalankan di Makmal Perpustakaan Seberang Jaya, Penang. Kami mendapat tunjuk ajar dari guru kami Mr. Yong dan Puan Siti Huraizah, menggunakan MS Frontpage dengan agak mudah.
Wednesday, December 19, 2007
Majlis Perpisahan Pelajar Praktikal
Sebagai meraikan dan ucapan terima kasih kepada pelajar praktikal drp Politeknik Seberang Perai dan Poli Kulim kami membawa mereka makan-makan di Pizza Hut Bukit Mertajam. Terima kasih di atas pertolongan dan diharap kamu semua mendapat pengalaman kerja yang berharga.
Thanks Ira, shuhada, shila, suhana..
Tuesday, December 18, 2007
Bengkel Motivasi B. Inggeris
Bengkel dan Motivasi Peningkatan Penggunaan B. Inggeris
Bengkel yang dianjurkan oleh KEMAS Bukit Mertajam dijalankan di Kg Sg. Semilang, Juru, semalam 18/12/2007. Perasmian dibuat oleh Encik Ramelan Ishak, Penyelia Kawasan. Pengerusi Majlis Puan Rohaya yang juga selaku Penyelia Bahagian Pendidikan Masyarakat telah menjadikan program ini satu kejayaan. Program ini dijayakan juga oleh E-Office dengan penceramah/ tutor Bahasa Inggeris kami Encik Haris Fadella Ishak di bawah Pusat Latihan saya sendiri.
Saya bersyukur peserta-peserta telah mendapat banyak manfaat dalam membina keyakinan diri untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Kami berkongsi beberapa maklumat tips dan petua yang sebahagiannya saya dapatkan dari osmanaffan.com.
Selepas tamat program ini, peserta-peserta boleh mengikuti pula program latihan yang akan kita adakan bersama Kemas di Kg Sekolah, insya-allah.
Tak lupa saya ingin bercerita tentang Kg Semilang. Kawasan dewan tempat kami membuat bengkel dan ceramah agak selesa, namun yang menarik hati saya adalah kafe, pentas dan kawasan yang sangat luas dikelilingi oleh pagar kayu. Tempatnya di tempat laut berhadapan dengan bukit. Tenang sekali.
Subscribe to:
Comments (Atom)