Saturday, November 30, 2013

Hari Terbuka di E-Office Subang Bestari

Kami baru saja selesai mengadakan 'Kenduri Satay' sambil memberi taklimat kerjaya kepada pelajar lepasan SPM. Pelajar dari SMK Subang dan SMK Subang Bestari diberi penerangan tentang kursus cuti sekolah. 

1) kursus Grafik Komputer & Animasi
2) kursus Bookeeping dan Computerised Accounting
3) Kursus E- secretary (pakej kursus2 microsoft office, kursus pentadbiran pejabat, kursus bookeeping dan ubs, kursus typing skills, kursus business communication)
4) kursus office administration
5) spoken English
6) kursus  Windows, internet dan ms office
7) menaip pantas



Sunday, November 24, 2013

Teknik Asas Fotografi

Saya sedang belajar teknik fotografi dari cikgu mohammad fairuz dari 2point8 studio. Teknik menggunakan kotak putih utk kurangkan shadow


Wednesday, November 13, 2013

Apakah KURSUS VTO SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL (VTO) ?

KURSUS VTO
SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL (VTO)
OBJEKTIF KURSUS :

Program latihan ini adalah bertujuan untuk menghasilkan pengajar yang berketerampilan sebagaimana keperluan Akta 652 (NASDA) Standard 6 dan mempunyai kriteria sebagai PP/PPD iaitu :

“ Memiliki sekurang-kurangnya SKM di dalam bidang pengajar vokasional atau sijil perguruan vokasional atau sijil latihan mengajar vokasional yang diiktiraf oleh JPK/MLVK “

RANGKA PEMBELAJARAN LATIHAN :
Menggunapakai NOSS Vocational Training Officer (I-031-3) sebagai garis panduan asas.
Tempoh pelaksanaan kursus adalah selama 9 bulan merangkumi Methodology Vokasional dan Latihan Internship .
Graduan akan dianugerahkan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL  TAHAP 3 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).


KELAYAKAN MASUK :

1. Pemohon adalah Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 45 tahun
2. a) Lulus dalam SPM atau setaraf dengannya dengan Lulus dalam Bahasa Malaysia (BM) ; dan
    b) Mempunyai salah satu dari kelayakan berikut :
        i. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 ; atau
        ii. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 ; atau
        iii. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5

PELUANG PEKERJAAN :

Graduan boleh memohon jawatan sebagai tenaga pengajar vokasional di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta.

Tuesday, November 5, 2013

Kursus Pegawai Latihan Vokasional: Pendaftaran dibuka sekarang!

Kursus ini adalah kursus untuk menjadikan anda sebagai seorang tenaga pengajar di Insitutsi Latihan Swasta mahupun Kerajaan di Pusat Latihan Vokasional seluruh negara. Ia adalah satu laluan alternatif bagi sesiapa yang tidak mendapat pendidikan formal di maktab-maktab perguruan.

Sesi pengambilan 2013:

   Sesi 1: Sepenuh Masa    25 Nov 2013
   Sesi 2: Separuh Masa     30 Nov 2013
   Sesi 3: Sepenuh Masa    9 Dis 2013

Tarikh Pendaftaran: mulai sekarang.

Maklumat Kursus:

    Nama Kursus: Pegawai Latihan Vokasional
    Jangkamasa: 9 bulan - 1 tahun
    Kaedah Pembelajaran: Teori (30%) dan Praktikal (70%)
    Persijilan: Sijil Kemahiran Malaysia
    Peluang Melanjutkan Pelajaran: Peringkat Diploma (Vocational Training Executive VTE)
    Peluang Kerjaya: Tenaga Pengajar, Pegawai Penilai, Jurulatih Vokasional, Perunding Latihan.
    Yuran semasa Pendaftaran: RM900 (tunai/cek/wang pos/kiriman wang atas nama E-Office Virtual System Sdn Bhd

Tawaran adalah tertakluk kepada pra-syarat berikut:
    1. Lulus SPM atau setaraf dengannya dan lulus Bahasa Malaysia
    2. Mempunyai salah satu kelayakan berikut:
        a) Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 atau;
        b) Siji Kemahiran Malaysia Tahap 3/4/5 atau;
        c) Diploma / Degree / Master dari mana-mana Universiti / Kolej / Institut