Tuesday, November 30, 2010

Taklimat Sistem Aplikasi Open Office

Taklimat ini diminta oleh Pejabat Daerah Seberang Perai Selatan di mana kursus diadakan di Pusat Komputer Negeri P.Pinang. Seramai hampir 30 orang peserta telah hadir utk mendapatkan maklumat tentang aplikasi open office seperti writer, calc dan impress.

Kursus Penilaian Produk Industri Asas Tani

Kursus ini telah diminta oleh pihak IADA di mana ia dijalankan di Hotel Sri Malaysia Kepala Batas. Seramai 15 orang usahawan pertanian hadir ke kursus utk mempelajari tentang produk makanan yang berkualiti serta cara pembungkusan. moderator Dr Noraziah dari USM memberikan penilaian tentang produk oleh usahawan pertanian. pada hari ke dua Encik Puad mendedahkan tentang nilai kesihatan dan cara menjaga kebersihan produk yang dikeluarkan.

Kursus PHP & SQL (SUK Penang)

Kursus PHP & SQL diminta oleh SUK Penang telah diadakan untuk seramai 8 orang peserta di Pusat komputer negeri P.Pinang.

Kursus Excel Intermediate dan Advanced (Pusat Urus Zakat)

Kursus kali ini diminta oleh Pusat Urus Zakat Pulau Pinang diadakan di Pusat latihan e-office. Seramai 10 orang peserta mengikuti kursus ini.

Kursus Khidmat Pelanggan yang Positif (INSKEN)

Kursus ini berjalan dengan baik sekali, terdapat hampir 50 orang peserta yang mendaftar dan hadir ke kursus ini. Jurulatih Encik Julian telah memberikan ceramah, motivasi dan teknik khidmat pelanggan yang positif. Kursus diadakan di Hotel Sri Malaysia Penang.