Thursday, August 28, 2008

Towards Halal Certification Seminar / Seminar Ke Arah Persijilan Halal

We invited Tn Hj Abdullah Fahim from the Institute of Food Research Centre to teach on the topic. The participants are entrepreneurs (SME bosses) which are selected by Integrated Agriculture Development Authority (IADA) in Penang. The seminar is about the concept of halal food manufacturing and how to go about applying Halal Cert in order to export their product overseas as well as for local market. If the entrepreneur could obtain Halal Certificate, their market will be bigger and can gain customer confidence in their product that they manufactured. IFRC provides alternative Halal Certificate for Small industries as well as cottage industries.

Seminar ini telah diadakan di Kompleks Budi Penyayang yang mana ia dianjurkan oleh IADA Penang. E-Office, selaku konsultan bagi program ini telah menjemput Tn Hj Abdullah Fahim dari IFRC untuk menerangkan tentang prinsip halal dan cara mendapatkan pengesahan halal dari badan-badan khas antarabangsa dan malaysia. Pengiktirafan dari IFRC adalah alternatif kepada pensijilan halal yang lain, di mana prosesnya lebih cepat dan kurang birokrasi.

Seramai 40 orang peserta yang terdiri dari kalangan usahawan asas tani telah menghadiri seminar ini. Tahniah kepada peserta-peserta yang telah menghadiri seminar dan anda boleh menghubungi Norlia (04-5370908) sekiranya ingin memohon mendapatkan pengesahan halal untuk produk masing-masing menjelang musim perayaan ini.

Saturday, August 9, 2008

Kursus Motivasi Keusahawanan dengan IADA PP




Kursus keusahawanan dianjurkan oleh IADA telah diadakan di MPC, Kepala Batas. Seramai 35 orang peserta terdiri dari kalangan usahawan telah menghadiri kursus ini. Kami telah menjemput Encik Azahari dari SIRIM, Encik Fuad dari Jab Kesihatan, Dr Noraziah dari USM, Tn Hj Ibrahim dari Koperasi KITA untuk bersama-sama menjayakan program ini. Program ini amat berkesan kerana peserta dapat berdialog bersama usahawan Melayu yang tinggal dan berniaga di Copenhagen, Denmark. Jika terdapat apa-apa peluang bolehlah hubungi Tn Hj Ibrahim atau saya sendiri (0194707908). dari Nurul.